Saya (“Peserta”) dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat berikut:
Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd (“MJN”) adalah penganjur bagi Peraduan Enfagrow A+ Creator (“Peraduan”). Peraduan ini bermula pada 25 November 2025, 00:00hr dan berakhir pada 31 Disember 2025, 23:59hr (“Tempoh Peraduan”).
Peraduan ini terbuka hanya kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, kecuali pengarah, pekerja dan ahli keluarga terdekat MJN. Ahli keluarga terdekat merujuk kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan adik-beradik.